Sunday 5 April 2015

KITAB PERUBATAN KESUFIAN

Kitab Perubatan Kesufian ( Kitab al Tibb al Rauhi as Sufi/ Book of Sufi Healing )

Penulis: Sheikh Hakim Moinuddin Chisthi Penterjemah: Rozali Md Isa
Penerbit: Thinker's Library Sdn Bhd Cetakan ke-5 2002
Pre-sinopsis Ada dua jenis ilmu: ilmu agama dan ilmu badan Allah tidak menjadikan penyakit tanpa penawarnya, kecuali umur tua.
Sinopsis Dua tujuan utama buku ini ialah:
1- membuka rahsia kesihatan dan keunikan latihan latihan rawatan pada sufi
2- memberi beberapa idea umum mengenai tahap dan kemajuan yg berkembang dalam pengamalan kehidupan sufi


Terdapat satu keadaan yg disebut dlm istilah sufi sbg afghan, yang mana meliputi kegembiraan dan kecintaan yg amat sangat apabila seseorang dihadapkan tentang kewujudan dan kenyataan Tuhan itu sendiri hinggakan seseorang itu terpaksa menitiskan air mata. Makna yg lain utk afghan ialah, merujuk kpd kedudukan jiwa dalaman, yg disifatkan sbg seseorang yg telah mencapai kesucian jiwa sebenar.

Tujuan utama sufi ialah berbakti dan patuh kpd segala suruhan Allah disamping mendapat keredhaanNya. Kaedah rawatan fizikal Sufi, pertamanya diambil drpd Quran dan kedua diambil drpd sunnah dan tingkah laku Rasulullah SAW. selanjutnya ramai cerdik pandai yg telah mengembangkan pengetahuan perubatan fizikal dalam konteks kebudayaan dan masyarakat Islam. Ibn Sina, Rhazes, dan al Suyuti adalah antara pakar perubatan yg kerap diajar oleh ahli sufi. Pada hakikatnya teori kebendaan dan teori saintifik tidak akan mencukupi utk menerangkan misteri kejadian Tuhan. Dan Dia menundukkan bagimu apa yg ada di langit dan bumi. Semuanya, daripadaNya Sesungguhnya pada yg demikian itu terdapat tanda2 kekuasaan Allah bagi kaum yg berfikir (al Jaathiyah :13) Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu 7 langit dan Kami sekali-kali tidak lalai terhadap ciptaan Kami (al Mu'minuun:17) Latihan kesihatan terbahagi kpd 3 kategori
1- untuk badan
2- untuk minda dan emosi
3- untuk jiwa Latihan yg terbaik dan lebih disukai adalah untuk jiwa.

Walaubagaimanapun, seseorang yg berfikiran atau berjiwa lemah, tidak dapat bertindak dan digerakkan oleh latihan rohani semata-mata. Dalam kes sedemikian, penyembuhan herba, menahan makanan spt diet dan berpuasa, dan sebarang cara yg serupa digunakan. Ilmu fiqh Islam dan sains menggunakan berbagai-bagai ayat Al Quran dalam rawatan (ta'widh). Perut itu rumah penyakit (Sabda Nabi: Sahih Muslim) Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu dilakukan untuk AKU. AKU akan beri ganjaran kepadanya sebanyak mana yg AKU sukai. Allah yg Maha Suci dan Maha Tinggi Dan Kami turunkan dari al Quran suatu yg menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yg beriman (al Israa: 82) Lelaki dan perempuan yg banyak menyebut nama Allah maka Allah telah menyediakan baginya keampunan dan pahala yg besar (al Ahzab: 35) Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: `jadilah'- maka jadilah ia (Yaasin:82) Jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu mampu menghitungnya (Ibrahim:34) Pos-sinopsis Bidang perubatan adalah satu bidang yg sangat luas.

Conventional versus alternative? Modern vs traditional? Yang mana satukah perubatan Islam? Jawab sendiri la…Bagi pendapat ana, jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada pengamal perubatan itu sendiri. Dua- dua juga membawa konsep yg sama. Konsep keseimbangan/ homeostasis. Sebarang gangguan yg menggugat kestabilan fisiologi badan manusia akan memberi kesan patologi (penyakit)andainya mekanisma semulajadi badan gagal mengembalikan keseimbangan asalnya. Yg berbeza antara pelbagai sudut dalam perubatan adalah dalam
1- pendekatan untuk memahami konsep keseimbangan ini.(cth: teori bendalir badan-Galen, Ibn Sina; mollecular and cellular biology; yin- yang)
2- Cara2 utk mengesan penyakit (MRI, CT, PCR, Radiology, Blood test, Iridology, dll)
3- Rawatan (chemotherapy, bekam, jarum akupuncture, gelombang, surgery,radiation)

Melalui buku ini, ana cuba utk memahami pendekatan dari aspek kesihatan yg cuba diketengahkan oleh pengamal sufi spt solat, zikir, ta'widh, herba dan pemakanan. Apa yg ana nampak, seolah ada persamaan ngan ayurveda plak...Sebab kedua-duanya promote self-healing. Ntah la labu... Sedikit latar belakang penulis : Syeikh Moinuddin Chisti (1141- 1236AD), pengganti ke 26 dalam salasilah sufi dari keturunan Sabariyyah dari Chistiyyah (ala2 Naqsyabandiyah, ana pun tak berapa nak faham tentang salasilah ni…), dilahirkan di Sistan, Iraq. Menjadi yatim piatu dalam usia remajanya, kemudian mewarisi harta peninggalan keluarga. Namun, beliau telah menjual kesemua harta peninggalan keluarganya dan keluar drpd Iraq dalam misi kembara mencari ilmu. Puas menjelajah Samarkand dan Bukhara, utk menuntut ilmu. Beliau seterusnya ke India…Singgah sebentar di Lahore dan kemudian ke Ajmer. Di situlah beliau membina penempatan tetap dan berjaya menarik sebilangan orang sbg pengikut. Era pemerintahan Maharaja Akbar di India (1556-1605) menyaksikan Ajmer muncul sbg salah sebuah tempat yg penting utk dilawati selepas Makkah dan Madinah. Disebut dan direkodkan dalam Akbarnama bahawa, Maharaja Mughal pada masa itu telah terdengar sebuah lagu menyebut tentang kewujudan seorang ahli sufi yg telah tertidur di Ajmer lantas Maharaja pun berangkat ke sana dengan berjalan kaki. Syeikh Moinuddin Chisti turut menulis buku-buku lain yg bertajuk, Anis al Arwah dan Daleel al Areefen. Kedua-dua buku ini menyentuh tentang cara hidup Islam dalam pelbagai aspek.

0 comments:

Post a Comment