Sunday 5 April 2015

KITAB PELURU PETUNANG

 "PELURU PETUNANG" RM30




"Peluru Petunang ini menyingkap cara, petua dan amalan orang Melayu berhubung dengan senjata api. Buku ini diusahakan berdasarkan dua buah manuskrip tulisan tangan, yang usianya sudah melebihi seratus tahun. Ini bererti bahawa orang-orang Melayu sudah mengenal senjata api (seperti meriam dan senapang), serta memahami dasar serta penerapan unsur-unsur saintifik berhubung dengannya sejak ratusan tahun yang lampau.



Beberapa hasil karya Melayu klasik ada mengisahkan perjuangan orang Melayu me¬nentang musuh dengan menggunakan meriam dan sebagainya.
Pengetahuan mengenai cara, petua dan amalan berhubung dengan senjata api itu bukanlah disebarkan dari mulut ke mulut sahaja. Dengan terjumpanya manuskrip-manuskrip tulisan tangan yang dijadikan bahan kajian Tuan Haji Abdul Samad Ahmad ini, terbuktilah bahawa pengetahuan tersebut telah disuratkan untuk pengetahuan umum."

2 comments: